KIMIA ITU MENARIK

Anda tetamu comel yang ke :

Tarikh islam

Sabtu, 9 Januari 2010

Proses sentuh

Proses sentuh

Proses menghasilkan asid sulfurik dalam industri

Proses Sentuh melibatkan tiga tahap:

  1. Pembuatan sulfur dioksida
    S + O2 ----------------
    SO2
  2. Penukaran sulfur dioksida ke sulfur trioksida
    2SO2 + O2 --------------- 2SO3

Suhu: 400C - 450C

Tekanan: 1 atmosfera

Nisbah bahan tindakbalas: Nisbah SO2 kepada O2 ialah 1:1

Mangkin: Vanadium(V) Oksida V2O5

  1. Penukaran sulfur trioksida ke oleum dan akhirnya ke asid sulfurik
    H2SO4 + SO3 ---------- H2S2O7

    Sebatian H2S2O7 dikenali sebagai oleum. Apabila oleum dilarutkan dalam air, asid sulfurik akan terhasil:
    H2S2O7 + H2O ----------- 2H2SO4

* Oleum dihasilkan sebagai hasil perantaraan kerana melarutkan sulfur trioksida secara terus ke dalam air adalah amat berbahaya kerana proses ini akan membebaskab banyak haba. (walaupun asid sulfurik boleh dihasilkan sebegitu).

* Tindak balas penghasilan sulfur trioksida daripada sulfur dioksida adalah satu tindak balas berbalik. Maka suhu, tekanan, mangkin dan nisbah bahan tindak balas adalah amat penting demi memaksimumkan kuantiti sulfur trioksida yang terhasil.


secara Ringkasnya proses sentuh ini ialah...


sulfur ------- bakar ---- bakar- --- larut asid ------- campur air---- asid sulfurik

S ---- ------- SO2 -------- SO3 ------- Oleom (H2S2O7 ) ----- H2SO4



1 ulasan: